KERAPU COMBAT(Epinephelus Erythurus)

 Ini kerapu yang biasa aku lihat. Selalu juga dapat semasa memancing di kelong. Saiz biasa yang aku dapat pun tak lebih besar dari tapak tangan saja. Kerapu tompok awan ini juga dikenali dengan nama kerapu kombat. Mungkin coraknya yang celoreng seperti baju askar lalu di panggil kerapu kombat.Corak pada kerapu kombat ni memang cantik dan sesuai dijadikan ikan akurium memandangkan saiz kerapu ini tidak sebesar kerapu lain. Ikan kerapu kombat tak susah untuk dicam kerana coraknya yang tersendiri dan berbeza dengan corak kerapu yang lain.

lihat corak celoreng seperti awan atau baju askar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KERAPU GARIS BIRU (Bluelined Grouper)

  Kerapu garis biru atau Cephalopholis Formosa bukanlah asing dalam kalangan ikan diperairan negara kita. Habitat dikawasan karang yang ...